JULAI 2024

Premier Lancar Model Menara Masjid Jamek Negeri Sarawak


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg merasmikan model baharu bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak. Pelancaran ini berlangsung pada Majlis Menelusuri Kegemilangan LAKMNS bertempat di Anjung Masjid Negeri Sarawak.

Projek yang dijangka bermula awal tahun 2025 ini akan melibatkan empat buah menara utama setinggi 75 meter serta dua buah menara kecil setinggi 65 meter. 

Menara tersebut berkonsepkan tenaga hijau, yang mana ia akan dilengkapi dengan panel solar dan lampu rendah tenaga.

Turut dilancarkan adalah buku terbitan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) berjudul menelusuri  Kegemilangan. 

Buku ini mengandungi susur galur penubuhan serta perkembangan masjid di bawah kendalian LAKMNS iaitu Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid Jamek Negeri Sarawak serta perkembangan LAKMNS. 

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman serta tetamu yang lain.